Tips Persediaan yang penting sebelum menghadapi temuduga.
Setiap pemohon yang terpilih untuk menghadiri temuduga perlulah membuat persediaan rapi sebelum menghadapi temuduga. Ini akan membuatkan anda kelihatan lebih bersedia daripada pemohon lain yang tidak membuat persediaan.
Di antara persediaan yang perlu dilakukan oleh pemohon sekiranya ingin terpilih untuk jawatan tersebut ialah mengenal & mengingati latar belakang syarikat / majikan, mengetahui tentang tugasan2 skop jawatan tersebut, bersiap siaga dengan soalan2 yg akan diajukan, penampilan, berfikiran positif, berlatih dihadapan cermin, "Be Nature", "Rilek & Be Cool", bahasa badan, tepati masa dan resume.
1) Mengenal dan mengingati latar belakang syarikat / majikan.
Tak kenal maka tak cinta. Itulah perpatah yang sering diungkapkan oleh masyarakat melayu. Perkara ini penting kerana dengan mengenali latar belakang syarikat tersebut, maka pihak penemuduga akan kagum dan hormati kamu kerana kamu mengambil tahu tentang syarikat mereka. Ini akan menarik perhatian mereka.
Di antara perkara-perkara yg menjadi latar belakang syarikat yang perlu anda kenalpasti ialah pengarah syarikat, jenis perniagaan atau perkhidmatan yang dilakukan. Sekarang maklumat dihujung jari anda, anda mudah untuk melakukan carian di google mengenai syarikat tersebut.
Janganlah nanti apabila penemuduga tersebut berkata “Last week our company have launched new product and it get good respond from customer. Do you know what the product?” Dan kita pula jawab “Oh, actually i don’t know what the product”. Itu memang kita sendiri yang telah tutup periuk nasi kita untuk dapatkan kerja di syarikat tersebut.
2) Mengetahui dan mengkaji tugasan-tugasan skop jawatan yg anda pohon tersebut.
Perkara ini sering kali dipandang remeh oleh sebahagian besar permohon yg terpilih utk temuduga kerana mereka beranggapan bahawa tugasan ini akan diberitahu oleh pihak syarikat. Yaa, itu betul. Tetapi dengan ilmu mengenai perkerjaan tersebut yang ada pada diri kamu akan lebih memberi PELUANG yg sgt BESAR kepada kamu untuk terpilih.
3) Bersiap siaga dengan soalan yg akan diajukan
Menjadi kebiasaan soalan akan diajukan mengenai latar belakang diri anda, samada anda pernah berkerja, pengalaman anda yang boleh dipratikkan apabila diterima bekerja di syarikat. Ilmu pengetahuan anda juga menjadi faktor penting untuk anda mudah diterima kerja.
Penemuduga ini bijak orangnya, mereka sering bertanya soalan yang nampak mudah tapi sebenarnya ia mempunyai isi tersirat seperti “Introduce or Describe yourself, please” . Soalan ini nampak mudah tetapi sebenarnya soalan ini sama sahaja dengan soalan “Why should we hire you?”. Justeru itu, anda perlu menerangkan kekuatan anda, ulas mengenai kursus/kemahiran yang anda miliki. Tetapi pastikan ia tidak merapu dan merepek. Hihihi.
Anda juga perlu bijak memandu sesi soal jawab ini. Kadang kala penemuduga tidak menyediakan soalan , tetapi ada juga penemuduga menyediakan soalan. Semasa diajukan soalan dan anda haruslah bijak menjawab soalan tersebut untuk memandu soalan-soalan itu kearah bidang/ilmu yang kita kuasai. Belajarlah menjawab soalan dengan jawapan yang dapat memancing minat penemuduga untuk bertanya lagi. Itu sahaja. Simple and Clean. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
4) Penampilan
Ini juga merupakan faktor utama untuk memudahkan anda diterima kerja. Penampilan anda mestilah kemas, bersih dan sesuai dengan keadaan. Seeloknya pakailah pakaian formal, ini lebih menyenangkan anda daripada anda serabut berfikir. Pakaian formal bagi lelaki ialah baju kemeja dan seluar slack. Manakala pakaian formal bagi wanita ialah berbaju kurung. Anda haruslah memilih warna yang bersesuaian dan jangan sesekali memakai selipar. Pesanan kepada lelaki, rambut mestilah tersikat rapi dan kemas. Ini juga merupakan salah satu sunnah Nabi kita. Pesonaliti anda sedikit sebanyak dipengaruhi oleh penampilan anda. Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.
5) Berfikiran Positif
Anda perlulah sentiasa berfikiran positif dan anda perlu memastikan cas positif anda berada ditahap maksimum ketika hari temuduga. Nikmatilah hari-hari anda dengan melakukan perkara-perkara yang anda suka, InshaAllah ini akan melatih diri anda untuk lebih bersikap positif.
6) Berlatih dihadapan cermin
Jika anda seorang yang gementar , maka anda wajib berlatih dihadapan cermin atau dihadapan kawan-kawan anda untuk membaiki kelemahan-kelemahan anda seperti gaya tangan, nada suara. Perkara asas ini penting untuk memastikan percakapan anda tenang dan berjaya.
7) "Be Nature"
Anda dah buat membuat latihan dihadapan cermin dan self talk sebelum hari temuduga bagai nak rak tapi jangan sampai ia membuatkan anda seperti robot. Kosongkan fikiran. Biarkan hafalan dan latihan anda dihadapan cermin keluar secara spontan dan natural.
8) "Rilek & Be Cool"
Rilek dan "be cool". Anda hanya perlu sentiasa berfikiran mereka juga manusia seperti anda dan rezeki ini daripada Allah bukannya daripada tangan-tangan manusia itu.
9) Bahasa Badan
Bahasa badan merupakan peratusan tertinggi untuk menjadikan komunikasi itu berjaya atau gagal. Tahukah anda hanya 10% intonasi suara yang digunakan ? 20% lagi adalah bahasa yang digunakan oleh anda dan 70% adalah bahasa badan. Anda haruslah memandang muka dan mata penemuduga seperti tumpu perhatian kepada mereka. Tunjukkan wajah anda yang bersemangat dan minat terhadap pekerjaan ini. Anda perlu bijak memahami gaya bahasa badan penemu duga dan kendalikanlah dengan sebaiknya.
10) Tepati Masa
Sekurang-kurangnya anda perlu ada ditempat temuduga 30 minit sebelum temudaga akan dijalankan. Makanlah sedikit dan buang air kecil dan besar supaya anda dalam keadaan selesa semasa ditemuduga. Apabila anda dalam keadaan selesa, ini akan membuatkan anda tenang dan dapat berfikir secara menyeluruh. Ambillah masa untuk bersedia dari segi fizikal dan fikiran.
11) Resume
Resume mestilah ‘clean dan creative’. Anda boleh dapatkan resume kami di post yang lain. Kami ada berkongsi template resume secara PERCUMA. Anda seharusnya mengetahui bahawa resume anda menjadi modal kepada penemuduga untuk bertanyakan soalan. Justeru itu, setiap yang ada dalam resume anda haruslah mengetahui secara keseluruhan kandungannya. Maka janganlah sesekali menyuruh orang lain yang menyediakan resume anda.
Catat Ulasan for "Mahu lulus temuduga ? Inilah persediaan yang perlu dipraktikkan oleh anda sebelum temuduga."