Permohonan kini dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Jangan lepaskan peluang untuk menyertai institusi pendidikan yang terkenal ini.
Jawatan Ditawarkan:
- PEMBANTU EKSEKUTIF TEKNIKAL
* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui pautan yang disediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan: 02 Disember 2024 (Isnin)
Pautan Rasmi Facebook UMPSA
Latar Belakang Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula sebagai Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) pada tahun 1999 di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Universiti ini ditubuhkan hasil cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, yang pada waktu itu merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 2003, untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat, UMP berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuantan dan berdekatan dengan kawasan strategik seperti Lebuh Raya Pantai Timur dan zon industri kimia, petrokimia, pembuatan, automotif, dan bioteknologi.
Catat Ulasan for "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2024"