Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Anda berpeluang menyertai organisasi utama koperasi di Malaysia, iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Jawatan Ditawarkan:
- PENGURUS (KONTRAK) - IBU PEJABAT
- PENGURUS ANGKASA NEGERI
- PENOLONG PEGAWAI
Tarikh Tutup Permohonan: 02 Disember 2024
Sejarah ANGKASA
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi utama yang menaungi semua koperasi asas, menengah, dan atasan di Malaysia. Ia diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ibu pejabat ANGKASA terletak di Petaling Jaya, Selangor, dengan cawangan di setiap negeri.
ANGKASA diasaskan melalui Kongres Koperasi Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971. Ia didaftarkan secara rasmi pada 12 Mei 1971. Sebagai koperasi utama, ANGKASA memperjuangkan cita-cita serta kepentingan gerakan koperasi tanpa melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan seperti koperasi lain.
Dokumen Berkaitan
Untuk maklumat lanjut dan cara permohonan, sila rujuk ke laman rasmi ANGKASA .
Catat Ulasan for "Jawatan Kosong di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) 2024"