Gula-gula majikan ketika temuduga (Berhati-hati) . Ramai sudah terkena.


kerja kosong, jawatan kosong, swasta, temuduga, gula, janji

Hati-hati dengan janji-janji manis majikan ketika temuduga.
Kadang-kadang majikan turut memanipulasikan calon-calon semasa temuduga. Kebanyakkan calon yang 'First Time' akan mudah terperdaya dan dikaburi matanya. Tetapi calon yang berpengalaman luas pasti dapat mengetahui dan dapat mengelak daripada terpedaya.

Sebahagian daripada majikan memberikan kata-kata yang "indah khabar dari rupa" kepada calon dan ianya sekadar memberi harapan tinggi yang kosong kepada calon. Ini mungkin cubaan 'perangkap untuk calon bekerja dengan mereka. 
'Mangsa' mereka selalunya ialah calon-calon yang baru menukar pekerjaan atau graduan muda. Kesannya, menyesal di kemudian hari. Dan ia akan menjadi pengalaman paling berguna. 
Berhati-hatilah jika anda mendengar kata-kata ini daripada majikan yang sedang menemuduga anda.

1. "Manfaat Syarikat ini memang Bagus walaupun Gaji Rendah. " 

Syarikat kami menyediakan dan memberikan pelbagai manfaat walaupun gaji rendah seperti elaun travel dan sebagainya. Ini merupakan 'trick' mereka untuk 'cut cost' syarikat mereka. Anda harus bijak membuat keputusan samada manfaat  yang ditawarkan ini dapat meringankan bebanan anda.

2. "Gaji anda akan dinaikkan Sekiranya Prestasi anda memberangsangkan dan kami Naikkan Pangkat Awak Dengan Cepat!" 

Kebiasaannya apabila diterima kerja, hampir setahun pihak majikan berdiam mengenai kenaikkan gaji. Walaupun prestasi kerja anda baik tetapi majikan akan memberi respon yang kurang menyenangkan untuk anda. Hal ini kerana majikan sekali lagi ingin 'cut cost'. Anda mungkin telah berhempas pulas untuk melakukan kerja dengan baik, kadang kala akan ada respon dari majikan tetapi tidaklah menepati sasaran yang tinggi melambung seperti mana yang telah ditetapkan. Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat keputusan.

3. "Kami akan berbincang dengan Pihak Pengurusan dan Pihak Atasan nanti mengenai berapa purata Gaji untuk Jawatan Ini" 

Perkara ini akan berlaku apabila calon tidak bersetuju dengan gaji yang ditawarkan oleh pihak majikan tersebut. Kemungkinan besar gaji tersebut rendah daripada gaji yang sepatutnya diterima oleh calon.
Selain itu, kemungkinan majikan telah menentukan awal-awal sebelum temuduga dan tidak mahu dedahkan sehingga anda menandatangani perjanjian yang telah dibuat. Oleh itu calon pasti akan mula menyesal apabila melihat perjanjian yang tertulis gaji mendukacitakan. 

 

4. "Kami Akan Cari Pekerja Lain Untuk Membantu dan Memudahkan Kerja Awak" 

Majikan akan sekali lagi menerangkan dan memberitahu skop kerja yang akan diberikan kepada anda. Sekiranya anda tahu tentang skop jawatan tersebut maka akan memudahkan anda untuk menilai samada skop tersebut mampu anda laksanakan atau tidak.
 Itu sebablah pentingnya kaji selidik latar belakang syarikat, kalau ada yang tak kena dan ini yang keluar dari mulut mereka semasa temuduga. Fikir betul-betul!

Berhati-hatilah semasa membuat keputusan. Walaubagaimanapun tidak semua majikan seperti ini. Maka anda perlu mengkaji dan menyiasat serta mengambil tahu latar belakang syarikat yang anda akan temuduga.

 

Catat Ulasan for "Gula-gula majikan ketika temuduga (Berhati-hati) . Ramai sudah terkena. "