Top 5 Kesalahan Besar Penulisan Resume Yang Perlu Anda elakkan
1. Terlalu formal.
Jika resume anda terlalu formal dalam erti kata yang lain tidak verstyle dan tidak menarik, ini akan menimbulkan rasa bosan dan jengkel kepada penilai resume anda. Sebaiknya cantikkan resume anda dengan format yang betul, gaya bahasa yang 'standard'. InshaAllah bakal majikan anda dapat merasai vibes personaliti anda.
2. Permulaan point dengan “Bertanggungjawab untuk”.
Elakkan penggunaan ayat “bertanggungjawab untuk” untuk menerangkan tugasan. Sebaiknya, terus menulis dengan keterangan yang jelas apa yang telah dilakukan dan dicapai, bukan tulis tentang apa yang diharapkan untuk anda capai atau lakukan.
3. Menulis ringkasan yang terlalu panjang berjela.
Apabila ringkasan dalam resume terlalu panjang dan terlalu banyak adjektif maka ia akan buatkan penilai rasa jengkel dan membosankan. Sebaiknya ringkasan tersebut patut ditulis dalam bentuk point yang jelas dan mudah difahami.
4. Kesalahan penggunaan ayat / perkataan atau kecuaian (typo).
Kesalahan ayat/perkataan atau typo dalam resume adalah kesalahan berat dan wajar dipandang serious oleh anda. Kerana kecuaian ini boleh menyebabkan bakal majikan menolak resume tersebut. Ia menunjukkan calon itu seorang yang tidak fokus dan tidak serius sehingga kecuaian sebegini boleh terjadi.
5. Elakkan menggunakan perkataan gempak yang sukar difahami.
Jargon resume seperti “out-of-the-box”, “pemain pasukan,” dan “komunikator yang luar biasa” adalah “dasar asas yang dijangkakan dalam pasaran hari ini,” kata Nicolai.
“Seseorang yang benar-benar adalah ‘penyelesai masalah unik yang berfungsi dengan baik dalam pasukan’ akan menyampaikan perkara ini secara ringkas dan kreatif pada resume mereka melalui gabungan beberapa perkataan dan gambaran.”
Kesimpulan
Kami harap perkongsian mengenai kesalahan dalam penulisan resume ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea untuk anda membina resume yang terbaik dan dapat menarik perhatian majikan anda untuk jadikan anda pekerja mereka.
Moga ini membantu meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan yang dimohon kelak. Jangan Lupa share kepada rakan-rakan anda.
Catat Ulasan for "Top 5 Kesalahan besar dalam Resume yang perlu anda elakkan"