10 Cara Mudah Suri Rumah Buat Duit



10 Cara Mudah Suri Rumah Buat Duit di RUMAH

Ekonomi sekarang dalam keadaan menentu, kadang kala tidak menang tangan si suami untuk menjana pendapatan keluarga. Kadang kala faktor anak membuatkan si isteri terpaksa berhenti kerja atau terus kekal menjadi suri rumah. Kalian juga mahukan pendapatan sendiri kan ? Si suami pula semestinya mahukan isteri menolong menambah pendapatan keluarga tanpa perlu tinggalkan anak untuk ke pejabat atau ke kilang. Di sini, kami akan berkongsi cara-cara mudah untuk suri rumah membuat duit. Kongsi artikel ini kepada isteri anda atau rakan-rakan perempuan anda untuk mereka menambah pendapatan mereka. Anda tidak perlu mengeluarkan modal, cuma hanya perlukan telefon pintar atau komputer dan internet sahaja. Zaman teknologi kini semuanya dihujung jari anda.Kenapa memilih secara online? Kerana anda tidak ada sebarang perikatan dan bebas melakukan kerja anda mengikut kesesuaian masa anda sendiri. Malah boleh dilakukan sambil mengemas dan mengasuh anak-anak atau pun sambil memasak.



#1 Agen 'Dropship'

Dropship di sini ialah menjual produk orang lain mengikut kadar harga yang anda telah tetapkan. Barang tersebut akan diberikan oleh syarikat produk tersebut. Contohnya anda menjadi agen kepada produk 'tudung labuh' dari Mesir. 'Tudung Labuh' tersebut berharga rm 50 tapi dengan harga market anda boleh menjual dengan harga rm 100. Anda boleh menggunakan pelbagai media sosial untuk promote 'Tudung Labuh' tersebut. Pelanggan akan membeli dengan harga rm 100 manakala anda pula membayar kepada supplier hanya sebanyak rm 50. Anda memperolehi keuntungan rm 50. Mudah dan Untung. Zaman sekarang anda boleh jadi agen dropship banyak produk.

Tips: Untuk membantu dan meningkatkan kredibiliti perjualan anda, jawablah setiap soalan pelanggan yang berkaitan dengan barang jualan dengan cepat dan baik. 

#2 Perkhidmatan / Services

Pelbagai perkhidmatan yang anda boleh lakukan samada online atau offline. Jika perkhidmatan online ini anda boleh menjadi seperti kerani. Pernah dengar 'Data Entry' ? Anda boleh membuat kerja seperti data entry. Supplier akan memberikan anda beberapa data-data atau maklumat dan anda perlu mengisinya menggunakan excel dan anda akan mendapat upah setiap maklumat yang telah dimasukkan ke dalam excel tersebut. Anda boleh dapatkan kerja sambilan dari Elance dan arahan akan diberikan dalam bahasa Inggeris. Pendaftaran adalah PERCUMA. Sila baca arahan setelah anda mendaftar masuk sebagai Freelancer Elance.

Selain itu anda juga boleh membuat perkhidmatan seperti dobi atau lipat kain. Walaupun banyak dobi telah ada dikawasan rumah mereka tapi kadang kala mereka malas maka jika anda ada masa terluang anda boleh pergi ke rumah jiran2 anda dan menyatakan kesediaan anda untuk mengambil upah untuk membasuh baju mereka atau lipat baju mereka. Jika anda merasakan zaman sekarang kebanyakkan mereka sudah ada mesin basuh sendiri, tidak mengapa. Ada pelbagai lagi jenis perkhidmatan yang anda boleh lakukan.

Perkhidmatan lain yang anda boleh lakukan ialah menawarkan perkhidmatan untuk membersih, mencuci dan mengemas rumah lain. Perkhidmatan ini pastinya akan laris dan disukai ramai. Bayangkanlah jiran-jiran anda berkerja hari-hari dan hari miggu semestinya mereka mahu rehat. Kadang-kala terasa malasnya untuk mengemas rumah. Inilah peluang anda untuk menjana pendapatan.
Peluang Keemasan kan ? Jangan lepaskan.

#3 Sertai 'Affiliate'

Anda pernah mendengar 'Affiliate' ? Affiliate” juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan “dropship” ialah affiliate tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link laman web produk yang dijual. Jika ini pertama kali, alangkah ruginya anda. Hihihi. Tapi jangan risau, masih belum terlambat lagi. Anda masih ada masa lagi untuk daftar program-program affiliate ini. Lazada juga menawarkan program affiliate. Anda perlu mendaftar dengan mereka, kemudian dapatkan link affiliate dan promosikan produk - produk lazada, maka orang membeli produk tersebut dengan menggunakan link anda, maka anda akan mendapatkan komisen. Sangat mudah untuk membuat duit dengan affiliate ini. Anda boleh mempromosikan di internet melalui website, facebook, instagram dan lain-lain.

Selain lazada, anda boleh menyertai program agen 'affiliate' anjuran syarikat agensi pelancongan seperti agoda.com dan sebagainnya. Mudah kan? Cuma kongsikan link affiliate anda dan anda boleh menjana pendapatan yang lumayan melaluinya, tak perlu keluar dari rumah pun untuk melakukan kerja promosi di internet ini.



#4 Penulisan Buku @ eBook

Anda mempunyai kemahiran tertentu atau mempunyai pelbagai idea. Maka anda boleh berkongsi ilmu anda tersebut dengan menulis buku atau ebook. Proses penerbitan e-book adalah mudah dan ringkas hanya menggunakan komputer dan internet. Selepas anda menghasilkan ebook, anda boleh mencari mana-mana program affiliate yang mungkin berminat untuk mempromosikan ebook anda seperti klikjer, yang mempunyai ramai agen affiliate yang bersedia mempromosi ebook anda secara percuma dan dibayar komisen selepas jualan dihasilkan. Dengan cara ini, anda boleh mencapai sasaran jualan pada jutaan pembaca di internet. Malahan anda boleh jadi editor dan penulis pada masa yang sama. Antara servis yang anda boleh tawarkan adalah penulisan artikel, kandungan website, buku, dan mengedit bahan akademik ataupun professional. 



#5 Survey yang Berbayar

Menjawab survey boleh membuat duit dengan mudah ? Tidak Percaya ? Sebenarnya anda mampu membuat duit dengan mudah hanya dirumah dengan menjawab survey-survey dari mana2 pihak syarikat seperti Toluna, iPanel Malaysia Survey, Global Test Market Survey, My Survey Malaysia Online Panel, AIP Survey Malaysia dan sebagainya. Pendaftaran adalah PERCUMA dan jangan layan laman web yang meminta yuran atau sebarang bayaran pendaftaranAnda dikehendaki untuk menjawab survey dan akan dibayar mengikut tawaran daripada pihak tersebut seperti contoh bayaran wang melalui pay pal, kupon minyak dari Petronas, Kupon membeli belah GIANT/JUSCO, kupon KFC dan sebagainya. Selalunya mata atau point akan dikumpul dahulu untuk mendapatkan hadiah tebusan. Dengan menggunakan komputer dan internet sebagai modal anda boleh membuat duit dari rumah. Bukankah itu MUDAH ? Selamat memcuba !


#6 Memasak

Memasak sambil menjana pendapatan. Anda boleh menjual nasi lemak, anda boleh letak nasi lemak di kedai2 berhampiran dan anda akan mendapat keuntungannya sambil berehat2 di rumah. Atau pun anda boleh membuat kuih muih, alang hari raya semakin hampir ni , boleh laa start berjinak2 sekarang. Ramadhan ni pula ada bazar Ramadhan. Anda hanya perlu memasak sahaja dan anda boleh letak di gerai2 lain. Kena bincang sedikit laa tapi ia sangat mudah untuk anda menjana pendapatan dengan memasak. Kalau tak pandai, boleh pergi masuk kelas memasak. Kalau tak sempat, belajar dari rumah pun boleh. Banyak panduan memasak kat internet kan. 


#7 Menjahit
Rezeki anda jika anda pandai menjahit. Paling tidak, boleh jahit baju, langsir sendiri atau kraftangan. Tapi kalau ambil upah kan dapat duit. Lagi kalau nak raya, sampai tak cukup tangan tukang-tukang jahit semalaysia. Kalau yang berminat nak berniaga baju kurung, tapi malas nak susah-susah menjahit, jual je baju kurung yang dah siap

#8 Perniagaan Online

Ramai usahawan-usahawan yang berjaya sudi berkongsi rahsia mereka kepada pemula ataupun newbie yang ingin berjinak didalam perniagaan internet mahupun perniagaan offline. Perniagaan online ini sangat menguntungkan jika anda tahu caranya. Mudah dan Menguntungkan. Anda boleh membeli produk kemudian menjualnya semula. Contohnya anda membeli produk di Lazada atau web shopping yang lain yang mana anda rasa produk tersebut banyak manfaatnya dan laris dipasaran. Maka anda membelinya kemudian menjualnya semula. Anda promote di laman sosial anda. Diantara perniagaan yang anda boleh lakukan. Cari supplier yang anda boleh dapatkan produk dengan harga murah.
    • Wakil jualan kosmetik, barangan kesihatan dan sebagainya
    • Menjual kerepek, keropok atau makanan-makanan kering.


     #9 Setiausaha Online

    Kalau anda sudah biasa melakukan kerja pejabat, sudah biasa menaip surat-surat, kertas kerja dan sebagainya. Anda boleh mempertimbangkan untuk menjadi setiausaha secara online. Banyak syarikat dan orang perseorangan yang perlukan khidmat anda untuk menaip dan sebagainya. Apa yang anda perlukan adalah kemahiran seperti kemahiran organisasi, kemahiran komunikasi, pengurusan masa dan kemahiran berdikari. Hal ini kerana, mereka yang ingin mengupah anda sama ada tidak mempunyai skill sebagai seorang setiausaha ataupun tidak mempunyai masa kerana terlalu sibuk.
    Antara khidmat yang anda boleh tawarkan adalah menguruskan penetapan mesyuarat, membuat laporan mesyuarat berdasarkan minit yang dicatat, membalas emel-emel syarikat, menyediakan bahan kandungan untuk pembentangan majikan dan mengkoordinasikan syarikat dengan orang luar. Anda boleh kenakan caj berdasarkan tugasan yang disiapkan atau mengikut upah per jam.

    #10 Jaga Haiwan
    Anda boleh tawarkan khidmat menjaga haiwan semasa pemiliknya sibuk atau terpaksa pergi ke tempat lain dalam tempoh waktu yang lama. Alaa macam drama yang famous tu, "Tak ada cinta sepertimu" , kan si atea tu jaga kucing mr kerek tu , tapi dia tak ambil upah laa. Anda boleh buat duit dengan cara ini hanya jika anda seorang pencinta dan penggemar haiwan. Pastikan anda betul-betul tahu cara untuk menjaga haiwan tersebut kerana jika tersilap langkah boleh memudaratkan haiwan tersebut. Dengan ini anda dapat membuat duit yang mudah sambil bermain dengan haiwan kegemaran anda.



    Catat Ulasan for "10 Cara Mudah Suri Rumah Buat Duit"