Sikap - sikap seperti inilah yang akan terus menyukarkan anda untuk mendapat perkerjaan. Malahan sikap-sikap ini turut membuatkan anda GAGAL untuk bersaing dengan orang lain untuk merebut peluang dalam mencari perkerjaan.
Anda mesti sering kali tertanya-tanya, "Kenapa aku susah untuk dapatkan perkerjaan?", "Kenapa aku selalu sangat gagal temuduga?". Kami akan membongkarkan kesilapan-kesilapan besar yang anda memandang remeh. Di bawah inilah kesilapan besar yang telah dilakukan oleh sebahagian graduan sehingga membuatkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan perkerjaan. Belajarlah dari kesilapan BESAR ini. Semoga anda akan berjaya mendapatkan perkerjaan selepas ini.
#1 “Sijil Anda Tidak Bernilai dan ia Hanya Sekeping Kertas”
Apabila sijil hanya berfungsi sebagai sekeping kertas yang tidak bernilai. Hal ini kerana, kebanyakkan majikan sekarang lebih memilih seseorang yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan ilmu. Kenapa sijil sekadar sekeping kertas ? Kerana ilmu hakiki bukanlah terletak kepada sijil tersebut tetapi ilmu tersebut ada pada diri anda. Jika anda tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan maka majikan akan berasa syak bagaimana kamu memperolehi sijil tersebut sedangkan kamu tidak mampu menjawab soalan berkaitan dengannya. Selain ilmu, tingkatkanlah kemahiran - kemahiran anda supaya membezakan anda dengan orang lain. Sijil sahaja TAK CUKUP!!..
#2 Tiada Persediaan yang Rapi.
Jika anda tidak dapat panggilan temuduga, bagaimana anda hendak terpilih untuk perkerjaan tersebut ?. Ini kerana anda tidak membuat persediaan yang rapi dan persiapan yang tersusun. Ianya berpunca dari COVER LETTER anda. Adakah anda telah semak cover letter samada mengikut garis panduan atau tidak ? Cover Letter ini memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik majikan untuk memanggil anda untuk menghadiri temudaga. Luangkan masa anda untuk membaiki kaedah anda menulis cover letter yang bersesuaian dengan perkerjaan yang dipohon. Jangan ambil mudah perkara ini!!!. Kelak anda akan menyesal.
#3 Tidak 'Up-To-Date' Resume.
Calon yang 'SEGAR' lebih menarik minat bakal majikan berbanding calon yang 'LUSUH'. Segar ini bukan bermaksud calon itu baru graduate tetapi calon yang sentiasa 'up-to-date' ilmu pengetahuannya dengan isu-isu semasa samada berkaitan dengan ekonomi, teknologi dan sebagainya. Perkara ini dapat digambarkan didalam resume anda dengan format, design yang lebih terkini.
#4 Tipu Maklumat Resume.
Sekali anda menipu maka selama-lamanya orang susah hendak percayakan anda lagi. Jauhkanlah sifat terkutuk dan sifat keji ini. Jangan menipu dan memalsukan maklumat resume anda. Jika tertangkap, maka tamatlah riwayat perjalanan hidup anda untuk mendapatkan perkerjaan di syarikat tersebut.
#5 Dokumen Tak Susun Rapi dan Tak Bawa.
Jika sijil - sijil akedamik yang penting pun tak bawa, maka anda hendak harapkan apa lagi ? Buatlah persediaan yang rapi dan tersusun. Cara susun dokumen juga memainkan peranan.
#6 Kemahiran ? 'Nothing!!'.
Kemahiran sangat penting. Semasa anda masih tercari-cari perkerjaan ini, tingkatkanlah kemahiran anda dengan membuat sesuatu seperti berkerja sendiri, berkerja dikedai runcit dan sebagainya. Anda haruslah menunjukkan kepada bakal majikan yang anda mempunyai kemahiran yang tidak ada pada orang lain atau menunjukkan anda menguasai kemahiran tersebut.
#7 Realistik ???.
Ekonomi sekarang membuatkan bakal majikan untuk 'hire-low' dengan memberikan gaji yang agak rendah. Anda mungkin terpaksa berkorban dahulu sebelum anda mendaki tempat yang tinggi kelak. Jika perkerjaan tersebut bersesuai dengan anda walaupun gaji sedikit rendah, anda 'GRAB' dahulu. Jangan lepaskan peluang tersebut.
#8 Bergantung harap selain Allah S.W.T ???.
Dari awal lagi anda telah meletakkan pengharapan anda pada manusia. Kurangnya berdoa pada Allah. Yakinlah pada Allah, Solat dan Sabar mampu menyelesaikan masalah anda. InshaAllah Allah akan membuka jalan untuk anda. Janganlah berputus asa dan bersangka baik dengan Allah.
#9 Imej Tidak Profesional .
Bakal majikan sangat menitik beratkan dalam penilaian imej anda. Penilaian itu bermula daripada anda melangkah kaki memasuki bilik temuduga. Jika baju tidak serika, rambut tidak sikat, ini memberi pandangan yang negatif kepada bakal majikan.
Catat Ulasan for "Sukar mendapatkan perkerjaan ? Inilah kesilapan besar yang anda telah lakukan."