Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor 2021


Info Jawatan Kosong2u dengan ini menyiarkan iklan jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Selangor 2021. 


Majlis Daerah Kuala Selangor menawarkan jawatan kosong kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Bagi pemohon yang berminat boleh melihat maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan seperti dibawah ini.
                                                       

1. Penolong Pegawai Tadbir ( Tetap )
2. Pembantu Tadbir  ( Tetap & Kontrak )
3. Pembantu Penilaian ( Tetap )
4. Pembantu Penguat Kuasa ( Tetap )
5. Pembantu Awam ( Tetap )


SYARAT KELAYAKAN

Secara umumnya, untuk memohon jawatan yang ditawarkan pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan umum seperti yang berikut:

• Warganegara Malaysia dan terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR

• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan

• Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan

• Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Untuk maklumat lanjut mengenais syarat kelayakkan iklan jawatan kosong ini boleh KLIK DISINI.


CARA MEMOHON

MUAT TURUN BORANG melalui portal rasmi MDKS

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang terkini (Cetakan Internet Bil. 1/2021) yang dimuat turun dari portal rasmi seperti dinyatakan di atas;

• Semua permohonan hendaklah disertakan:-

i. Resume;
ii. Salinan akademik (PMR/ PT3/ SPM/ STPM/DIPLOMA/ IJAZAH/ TRANSKRIP);
iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
vii. Salinan Lesen Memandu (wajib)
viii. Dua Keping Gambar Berukuran Pasport (TidakDikembalikan).

[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal ]

Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini

• Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

Alamat Permohonan :
 
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Majlis
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan


Tarikh Tutup :  25 JANUARI 2021 

PERHATIAN

i) Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat

ii) Borang Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

iii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 BULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

v) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui 03-32891439 (Bahagian Sumber Manusia)

 

                                                                   




Catat Ulasan for "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor 2021"