Alhamdulillah, hari ini permohonan i-Sinar KWSP bagi Kategori 1 telah dibuka. Semoga kita semua berperolehi manfaat bersama melalui artikel ini.
Tarikh permohonan yang dibuka untuk kedua-dua kategori i-Sinar KWSP ialah:
Bagi Kategori 1
Isnin, 21 Disember 2020
Isnin, 21 Disember 2020
Bagi Kategori 2
Isnin, 11 Januari 2021
SYARAT & KELAYAKAN BAGI PERMOHONAN i-SINAR KWSP
KATEGORI 1
- Bekerja di sektor formal
- Bekerja sendiri termasuklah suri rumah
- Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti Foodpanda , GrabFood , GrabCar, Lalamove dan lain-lain
- Yang sudah lama tidak mencarum atau yang hilang pekerjaan
Termasuklah jika :
Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan- Contohnya, 2 bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company dan duit KWSP anda tak di masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
- Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM2500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gaji berkurang menjadi RM2000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.
KATEGORI 2
- Masih bekerja di sektor formal
- Masih bekerja sendiri
- Ini termasuk pengurangan gaji
- Pengurangan elaun
- Anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
- Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
- Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen
Kategori 2 perlu menyediakan:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
- Surat pemotongan elaun
- Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)
Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, anda boleh sertakan dokumen yang lain seperti:
- Penyata bank
- Surat pengesahan majikan
PERHATIAN
Hanya satu saluran sahaja boleh untuk membuat permohonan.
- Jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan portal i-Sinar, maka guna i-Sinar sahaja
- Jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja
- Hanya satu saluran sahaja yang akan diluluskan walaupun anda menggunakan kedua-dua akaun.
CARA PERMOHONAN
1) Sila Layari portal rasmi i-Sinar di sini:
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
3) Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda
4) Tekan butang Teruskan
4) Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan
5) Masukkan Nombor OTP
6) Tekan butang SAHKAN OTP
7) Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
8) Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar
9) Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
10) Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
11) Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya... Tekan butang TERUSKAN
12) Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
13) Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online.
14) Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
- Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
- Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
- Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan
- Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
15) Tekan butang TERUSKAN
16) Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
- Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
- Jika tidak ada gambar, klik langkau
Pastikan pilihan semua selesai
Klik Hantar
17) Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Sinar anda
Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Catat Ulasan for "Cara mudah untuk memohon i-Sinar KWSP Online. Tarikh permohonan i-Sinar telah pun dibuka"